Monday, 6 January 2014

no title

salam.

hai.

*alhamdulilah, paper ketiga final exam selesai :) (mathematic for management)*

kaki melangkah lesu menuju jalan pulang ke kolej kediaman, entah apa yang bercelaru dibenak fikiran, mungkin dirasakan kertas matematik yang tadinya tidak dijawab sempurna, mungkin juga kerana keletihan dek sakit yang menimpa .. entah, gua juga tidak pasti ...

sepanjang perjalan menuju ke kolej kediaman, tanpa menghiraukan orang disekeliling gua hanya termenung keluar tingkap bas etika delta yang menjadi kebiasaan warga universiti  menggunakan khidmatnya kesana kemari. Mata dengan fokus melihat lalang dengan riangnya menari kekiri kekanan, pokok melambai-lambai .. difikirkan sejenak indahnya ciptaan tuhan yang begitu agung. Sedang mengelamun mencari solusi entah tiba-tiba disapa si bulat garang orangnya,haha .Alep namanya. "cfoo, ok tak math tadi?" 
mendengar soalan yang tiada markahnya itu, bibir merah gelap hanya mampu mengukir senyuman. Tidak terkeluar sepatah pun huruf huruf dari mulut. Tidak pasti untuk memberi jawapan yang sepatutnya kerana empunya diri juga tidak dapat mencari kepastian.

Demam dan selsema selama 2 hari cukup menyeksakan. Buku-buku matematik hanya dibiarkan ditepi, tidak diusik sedikit pun. Hanya mampu ditemani tilam bantal dan juga selimut. Tidak mampu berbuat apa-apa. Ingin dibangunkan badan terasa perit sekali dibahagian yang paling mulia, kepala . Sungguh sakit dirasakan bagai ditusuk jarum halus. Digagahkan juga diri sebelum menjelang tiba hari peperiksaan . Diusahakan juga untuk menelaah matapelajaran. Sedikit pun jadi lah sebagai alas untuk menempuhi peperiksaan. Sungguh tidak selesa mengulangkaji pelajaran dengan berkeadaan sebegitu rupa.

Esoknya, kertas akaun. Diri tidak dapat fokus sepenuhnya untuk belajar. Sakit perut datang menjengah, entah dari mana datangnya. Tiba-tiba dirasakan senak. Tidak makan agaknya. Tapi rasanya lain macam. Nak dikatakan kembung perut tidak sama sekali,tak dapat dibayangkan. Satu persatu sakit yang melanda. Otak ligat berputar mencari konklusi, kenapa dan mengapa  Allah pencipta sekalian alam memberi ujian sebegini.....

mungkin apa yang diimpikan selama ini sudah terkubur bersama bunga-bungaan yang mekar tumbuh mewangi. Mungkin juga untuk disimpan suatu  hari kelak.Siapa tahu.. Semangat yang dulunya berkobar-kobar luntur sedikit demi sedikit . Bukan bermakna putus asa, tapi mungkin juga ya. entah...

"ANUGERAH DEKAN" ya, satu title yang diimpikan semua orang . Gah sungguh. Ingin dipakainya,ingin dirasakan tapi sayang, jauh disudut hati mengatakan kamu sudah berjauhan darinya. kamu sudah tidak dapat menggapainya. Tapi diri ini masih lagi mahukannya, doa dan tawakkal hanya mampu diusahakan kini. Tuhan ingin menguji hamba-hambanya .Syukur, Allah masih lagi sayangkan gua, diberinya sakit untuk menggugurkan dosa-dosa kecil selama ini. Mungkin juga apa yang gua belajar dan usahakan selama ini hanya semata-mata untuk kebanggaan  diri dan dunia sahaja . Tiada tertanam dalam diri niat mencari ilmu keranaNYA. Mungkin kerana itulah balasan yang diterima. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambanya .. Berserah 

Mungkin esoknya gua lihat teman-teman sepembelajaran berjaya, gua hanya tersenyum dan tidak sekalipun untuk menyesal kerana gua tahu dimana silap dan salahnya . Semuanya perlu dibaiki dan diperbetulkan. Diusahakan semula, Disasar lagi apa yang dulunya hilang supaya kembali...

bye.