Wednesday, 23 October 2013

lakaran kehidupan #repost



Diari kehidupanku dilakarkan dengan penuh warna-warni, berlapis-lapis  seperti tirai yg bergantungan di pentas opera, Tangisan pertamaku membelah langit malam pada tanggal 19 november 1994 di hospital Tanah Merah Kelantan.  Aku tersembul keluar dari rahim ibuku dgn nama Asrol Hakimi Bin Asaari  ”Aqem”  ialah pangilan manja dalam  keluargaku. Aku adalah anak kelapan daripada 10  beradik, 6 putera dan 4 puteri.


Aku dilahirkan di sebuah negeri  yg dulunya kental dgn budaya & agama. Tanah Serendah Sekebun Bunga yg  juga terkenal dgn “wilayaah gelap”. Bergocoh,berlaga ayam,berdukun,& nilai2 negatif dr wilayah siam.tetapi semua itu sudah tinggal kenangan. Kini negeriku terkenal dgn gelaran Negeri Serambi Mekah. Betapa megahnya driku menjadi rakyat Kelantan.


Negeriku dgn aneka keragaman manusia,tetapi manusianya sangat menjaga adat dan budaya. Kelantan juga terkenal dgn 2 jalur yg xtreme. Yang baik sebaik2 manusia, yang jahat tega mengapak kepala orang dgn sebab yg remeh. Di negeri bersalut agama inilah aku yang dinamakan Asrol Hakimi dilahirkan. Namaku diinspirasikan daripada perkataan “Hakim” yg membawa maksud bijaksana.  Bapa & ibuku ingin merakam nama yg soleh untuk dituangkan kedalam keperibadianku supaya menjadi insan yg mulia….


Teman,aku mugkin x sepertimana kalian memebesar,aku membesar secara sederhana apatah lagi dengan kehilangan kasih sayang seorang bapa apabila bapaku pulangg ke rahmatullah pada tanggal 19 Disember 2004. Sewaktu itu usiaku baru mrncecah 10 thn, masih mentah bagi seorang kanak2 tahun 4 untuk mengenal dgn lebih mendalam erti kasih sayang.Tetapi itulah catatan takdirNya walaupun amat pahit utk ditelan kpd seorang insan yg bergelar anak…….


bye!